3 A

Adab, Akhlaq & Amalan



Saturday, November 8, 2008

2 Kisah…1 Pengajaran…Hanya Sedetik Masa Diperlukan
Kisah 3 orang dihisab di hadapan Allah s.w.t:
“Manusia pertama yang akan dihukum pada hari kiamat ialah lelaki yang mati syahid.Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya,maka dia mengenalinya.Allah berfirman kepadanya: Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya?Dia menjawab: Aku telah berjihad keranaMu sehinnga aku mati syahid.Allah berfirman:Kamu berbohong.Sebaliknya kamu berjihad untuk dikatakan sebagai seorang yang berani.Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini.Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka.
Dan lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca Al-Quran.Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya,maka dia mengenalinya.Allah berfirman kepadanya:Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatinya?Dia menjawab:Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca Al-Quran kerana-Mu.Allah berfirman:Kamu berbohong.Sebaliknya kamu mempelajari ilmu untuk dikatakan sebagai seorang yang alim dan kamu mebaca Al-Quran supaya dikatakan sebagai seorang qari.Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini.Kemudian diperintahkan supaya diheret diatas mukanya sehingga dicampakkan di dalam neraka.
Dan lelaki yang dimurahkan rezeki dan dikurniakan berbagai-bagai kekayaan.Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya.Allah berfirman kepadanya:Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya?Dia menjawab:Aku tidak meninggalkan satu perkara pun yang kamu suka supaya dibelanjakan padanya kecuali aku belanjakan padanya kerana-Mu.Allah berfirman:Kamu berbohong.Sebaliknya kamu melakukan semua itu supaya kamu dikatakan sebagai seorang pemurah.Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini.Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka.”
Dikeluarkan oleh Muslim(13/50-51)
Hanya kerana niat,semuanya rosak binasa dan sia-sia belaka.Dalam keadaan kita sibuk bersusah payah mengejar dan melakukan kerja-kerja untuk melalui hidup,kerana siapa kita melakukan itu semua?KeranaNya?bertujukan tempat kita dikembalikan?Muhasabah diri…
Kisah kaum yang ingkar
Selepas berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun,Nabi Nuh a.s menemukan natijah sepertimana kaum2 sebelumnya yang ingkar dan sombong.Pelbagai teknik dan cara duganakan untuk menyedarkan kaumnya.Namun tidak berhasil.


7. "Dan Sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing, dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur Dengan melampau.
Bertapa sombongnya mereka sehinggakan disuruh beristighfar sahaja dengan tuhan dan dosa-dosa mereka diampunkan,namum mereka tetap berdegil….
à
10. "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun.
Namun janji tuhan terlaksana ke atas kaum yang sombong….
64. Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan Dia dan orang-orang Yang bersamanya di Dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum Yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)
Pelajaran dan 1 rutin harian..
Daripada kisah pertama yang dikhabarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kita dapat lihat akan bertapa pentingnya niat dan membuat amal pekerjaan kerana siapa.Kita semua tidak lari dan tidak dijanjikan Allah s.w.t akan semua amalan kita dilakukan keran-Nya.Hati yang Ikhlas boleh tergelincir ke lembah syirik kecil,melakukan sesuatu kerana nama,pangkat,harta,teman,keluarga dan sebagainya.Di sini peranan Tajdid An-Niah atau Tajdid Niat.Apabila jatuh gagal,tidak kecewa kerana semua yang dilakukan kerana Allah yang sentiasa menghitung amal perbuatan hambanya.Suatu proses muhasabah yang nampak ringkas tetapi mungkin boleh menyelamatkan amalan kita dari sia-sia.
ألا وإن في الجسد مضغه إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألاوهي القلب (حديث رواه مسلم”(


Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak rosaklah seluruh anggota, Itulah Hati." (Muslim)
Dari kisah kedua juga begitu.Hanya kerana enggan beristighfar kepada tuhan dan mempertahankan ego,akhir kesudahan mereka ditenggelamkan dengan azab dari Allah s.w.t. Wahai rakan2!jangan sombong untuk beristighfar kepada tuhan.Ia hanya mengambil secebis dari waktu kita.
Rutin Harian:Apabila ingat,ambil masa beberapa detik..Perbaharui Niat kita hanya kerana Allah(Tajdid Niat) dan kenangkan atas apa yang kita telah lakukan dan beristighfarlah.
Masa diperlukan:Kurang 1 minit
Tempat boleh dilakukan:Di mana-mana
Waktu:Setiap Masa...Sebelum tidur,Selepas bangun,Sebelem belajar,Sebelum Pekerjaan..
Muhasabah Diri….