Saturday, November 21, 2009

Suatu nilai yang kian pudar dimakan zaman…

Cinta Rasulullah pada Ummat

Cinta itu boleh menimbulkan rasa yang amat sangat.Bayangkan kerisauan & rasa cinta Rasulullah akan ummatnya.

Nabi saw. membaca firman Allah tentang Ibrahim as.:

Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Qs. Ibrahim [14]: 36)

dan perkataan ‘Isa as.: Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. Al-Mâ’idah [5]: 118),

Lalu beliau mengangkat kedua tangannya dan berkata: “Ya Allah, umatku, umatku...”, lalu beliau menangis. Lalu Allah berkata kepada Jibril: “Wahai Jibril, pergi dan temui Muhammad dan tanyakan kepadanya: Apa yang membuatmu menangis? Lalu Jibril menemuinya dan bertanya kepadanya, lalu Nabi memberitahukan penyebab dia menangis. Kemudian Jibril mengabarkan hal itu kepada Tuhannya, dan Dia Maha Tahu. Lalu Allah berkata kepada Jibril: “Hai Jibril, temui Muhammad, dan katakan: Kami akan membuatmu menjadi ridha (gembira) tentang umatmu dan tidak akan melakukan hal yang membuatmu bersedih.” (Hadtis Sahih).

Ulama mewarisi sifat Nabi

Hanya Rasulullah s.a.w Insan yang sempurna. Selepas beliau datang para sahabat kemudian tabi’in & kemudian tabi’ tabi’in(Generasi Salafus Soleh). Mereka tidak sempurna seperti Rasulullah s.a.w. Tetapi kerana mewarisi sebahagian sifat Nabi yang sempurna, Allah s.w.t mengi’tiraf mereka di dalam AlQuran dan menjanjikan mereka Syurga.

"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar". (QS. At-Taubah 9:100)

Selepas Generasi Salafussoleh, warisan sifat Rasulullah s.a.w mengalir pada perjuangan para Ulama’. Setiap ruang akal mereka berfikir, setiap bahagian lisan mereka menyampaikan, setiap urat tangan mereka menulis, semua demi menghasilkan sesuatu untuk Generasi seterusnya. Jika ini tidak berlaku ,maka tidur mereka pada malam itu berselimutkan kerisauan menggantikan mimpi yang melenakan.

“Alah Ustaz, Ma’ruf lah kalau stiap kali dengar azan, sunnah untuk kita sahut dengan panggilan yang sama..” kata seorang pelajar.

Memang Ma’ruf, tetapi jika tidak kerana usaha murni Imam Bukhari membukukan hadith itu,tidak mungkin kita mengetahuinya!!

Manusia mula Rakus


Peredaran zaman tidak mendekatkan insan dengan Tuhan. Kepentingan diri mengatsai segalanya. Konsep “Mu’min bagaikan satu bangunan yang kukuh” hampir pupus. Konsep “Mu’min bagaikan satu tubuh badan” tiada realisasi. Cari makan perut kenyang, biar orang susah asal kita senang. Mati sendiri kubur sendiri, erti hidup bukan pada memberi. Itu slogan perjuangan masing-masing. Materialistik,Hedonistik…apa saja nama baginya, Hati manusia semakin diselaputi noktah hitam.

Siapa akan menyelamatkan generasi seterusnya? Apa nilai-nilai yang akan ada bagi mereka kelak?

Soalan yang masih lagi menantikan jawapan…

Ubat Hati

Setiap penyakit datang dari puncanya.Jika puncanya tidak diubati maka segala usaha lain adalah sia-sia. Punca manusia pada hati.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dekatilah para Ulama’. Dekatilah orang soleh. Hadiri majlis Ilmu. Para Ulama’ tidak hanya mempunyai Riwayat sanad bacaan AlQuran & Hadith. Tetapi mereka juga mensanadkan Akhlaq Rasulullah s.a.w. Setiap pergaulan itu pasti memberi kesan bagi kita selagi mana kita berusaha mendekati & menghargai mereka.

Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap. (Shahih Muslim No.4762)

Tanam Sesuatu!

"Jika Kiamat tiba sedang di tangan kalian ada satu biji kurma,
Jika kalian masih sempat menanamnya maka tanamlah"( Imam Ahmad dalam Musnad nya)

Tanaman simbol warisan. Mungkin bukan kita yang menuai hasil tetapi orang lain ataupun anak cucu kita yang dapat memperolehinya. Itu fungsi & konsep benih. Boleh diusahakan oleh seseorang pada suatu masa sterusnya diwarisi untuk keperluan orang lain yang mungkin hidup selepasnya.

Mungkin apa yang kita tanam nampak kecil,tetapi ia mulia di sisi Allah s.w.t. Konsep “Multi level marketing” ada di dalam Islam. Lebih ramai orang beroleh hasil dibawah,lebih banyak pahala diperolehi.



"Barangsiapa membuat sunnah yang baik dalam Islam, maka dia akan mendapatkan pahalanya sendiri dan pahala orang yang melakukannya sesudahnya, tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka dan barangsiapa membuat sunnah yang buruk dalam Islam, maka dia akan mendapatkan dosanya sendiri dan dosa orang yang melakukan sesudahnya, tanpa mengurangi sedikit pun dari dosa mereka" (Ditakhrij oleh Muslim dalam Shahih-nya).

Fikirkanlah akan apa nanti buah-buahan Ilmu, Bunga-bunga Akhlaq, Sayur-sayuran Ukhuwwah yang akan generasi seterusnya peroleh.Ataupun kita meninggalkan mereka tanah kering kontang yang gersang, membuat mereka mati kelaparan.

2 comments:

ummu said...

assalamualaikum
Alhamdulillah,blog yang menarik dan punya pengisian.saya temui blog saudara semasa carian kehidupan di universiti islam madinah...

mahfuzhafiz said...

Salam ukhuwwah,

Maaf di atas reply yang lambat.."carian kehidupan di universiti islam madinah..?" yang dimaksudkan blog saya berkenaan universiti alazhar ke..?